Setup ToyyibPay di Orderla.my


Dengan akaun Plus anda boleh terima bayaran dengan menggunakan payment gateway ToyyibPay. Berikut adalah langkah-langkah untuk menggunakannya.

Daftar Akaun ToyyibPay


Tuan / puan boleh daftar di https://toyyibpay.com.

Setelah mendaftar, di Toyyibpay dashboard, secret key akan berada di paling bawah di dashboard toyyibpay admin.

alt

Kemudian, anda perlu ke seksyen 'Cateogry'.

alt

Create new category jika belum ada. Category adalah cara ToyyibPay tahu pembayaran tersebut untuk tujuan apa atau dari mana. Dalam kes ini, ia dari Orderla.my.

alt

Penetapan di Orderla


Kemudian copy category code untuk dimasukan dalam setting's Orderla.

Boleh ke halaman 'Payment Gateway' / ToyyibPay di https://orderla.my/admin/payment-gateways/toyyibpay.

Kemudian, masukan parameter seperti yang diambil dalam gambar sebelum ini.

alt

Seterusnya, di form yang telah anda bina, sila enablekan ToyyibPay pada seksyen 'Payments', kemudian tekan button 'save'.

alt

Sila pastikan form anda ada logo 'ToyyibPay' sebagai tanda form tersebut sudah diaktifkan ToyyibPay. Juga untuk pelanggan anda tahu form tersebut menggunakan ToyyibPay juga.

alt

Test Penggunaan ToyyibPay


Cuba buat order dari pada form tersebut. Ia akan menghasilkan alamat terus ke pembayaran menggunakan ToyyibPay.

alt

Pelanggan juga boleh membuat pembayaran dari Order Page juga.

alt

Dari salah satu cara tersebut, pelanggan akan dihubungkan ke portal pembayaran ToyyibPay.

Jika form terdapat maklumat yang tidak lengkap, form ini akan muncul dahulu.

alt

Setelah pelanggan mengisi dengan lengkap dan betul baharu akan pergi ke portal pembayaran.

alt

Pelanggan perlu pilih nak guna transfer bank online atau guna debit/kredit kad.

Secara default akan memaparkan online banking payment method, pelanggan boleh pilih online banking yang mereka ada. Kemudia tekan 'Proceed'.

Seterusnya akan ke portal pembayaran bank pilihan mereka.

Setelah transaksi berjaya, ia akan dihantar ke page Orderla untuk verifikasi, dan akan diupdate di Order Page pelanggan samaada pembayaraan berjaya atau tidak.

Pembayaran berjaya akan dimaklumkan oleh pihak ToyyibPay secara email.