Setup Billplz di Orderla.my


Dengan akaun Plus anda boleh terima bayaran dengan menggunakan payment gateway Billplz. Berikut adalah langkah-langkah untuk menggunakannya.

Daftar Akaun Billplz


Tuan / puan boleh daftar di https://billplz.com.

Info ringkas caj Billplz (Link).

Setelah mendaftar, di Billplz dashboard, di menu kiri (atau tekan hamburger menu pada smartphone), tekan pada dropdown di sebelah nama bisnes anda, klik pada settings.

alt

Kemudian, anda perlu ke seksyen Keys & Integration. Di situ ambil nilai API Key dan XSignature Key.

alt

Seterusnya, kita perlu ada Collection ID. Pergi ke halaman Billing (Pautan), bina collection baru dengan nama yang sesuai. Seterusnya ambil Collection ID tersebut.

alt

Setup di Orderla.my


Di Admin Orderla.my pergi ke Payment Gateway / Billplz (Pautan).

Anda boleh pastekan nilai dari skrin sebelum ini pada page ini dan tekan 'Save Change'.

alt


Aktifkan pada Form Anda


Edit form yang anda ingin aktifkan Billplz.

alt


Semak Form Anda


Setelah anda mengaktifkan borang anda. Akan ada logo 'Billplz' di bawah form anda.

alt

Sila semak fungsinya dengan cara cuba submit borang tersebut. Akan terdapat link pembayaran ke Billplz.

alt

Terdapat juga button untuk membuat payment melalui Billplz di Order Info link.

alt

Cuba klik pada button tersebut untuk memastikan integration berjalan lancar.

Jika maklumat pelanggan tidak mempunyai nama, nombor telefon dan email, Orderla akan memaparkan borang untuk mengisi maklumat tersebut dahulu.

alt

Seterusnya akan dibawa ke page Billplz untuk pembayaran.

alt

Setelah pembayaran berjaya, info pembayaran Billplz akan dipaparkan pada Order Info. Maklumat 'payment status' di Order Info juga akan dikemaskini secara automatik. Email akan dihantar kepada seller dan buyer oleh pihak Billplz juga.

Nota


Setelah buyer berjaya membuat pembayaran melalui Billplz, seller tidak boleh menukar 'payment status' kepada 'not paid'. Jika pelanggan refund boleh tukar kepada status 'cancelled'.